Rabu, 21 Mac 2012

Cara-cara dan doa mengatasi sikap malas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Ada seorang parent mengadu kepada aku tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang aku kongsikan di bawah ini:
  1.      .Amalkan doa mengelak diri dari malas 
  2.      Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  3.         Teknik 10 Minit Aje
  4.      Banyak membaca bahan motivasi
  5.      Susun dan mudahkan jadual anda
  6.      Rehat dan tidur yang cukup
  7.      Bersenam dan beriadah
  8.      Berkawan dengan orang yang positif
  9.      Amalkan teknik pernafasan
  10.      Suarakan moto anda



Ni  aku ada terjumpe satu doa untuk menghindarkan dari perasaan malas,korang baca la,doa tu ada dekat atas tu.
Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.
Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.

3 ulasan:

  1. terima kasih !!! aku tahun ni PMR, jadi malas tu dah makin parah pulakk...

    sudi komen entry i tak ?
    Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

    BalasPadam
  2. ok2..ak da lepas PMR,ak dpt kejayaan dah,,ko kena kaut usaha la..jgn hrpkan doa saje,study 2 kena k

    BalasPadam